Sunday, September 7, 2008

Kawan, teman wanita, isteri sendiri & isteri orang

I'm always trying to understand why if we have to attend functions, men are likely to be there compared to women. I like to be rational, not too secular but at the same time, I'm not a pious Muslim either. I'm called to review what my buddy has posted about lukewarm responses from the womenfolk whenever there's a function organised. The excerpt below is taken from a book 'Men Are from Mars, Women Are from Venus' by john Gray.

SUAMI, ISTERI DAN KAWAN

Kerana soal emosi dan logik, saya cuba untuk memahami sesuatu.

Sering saya ketemu, isteri-isteri tidak begitu berminat atau komited lagi dengan persahabatan mereka. Biar pun mereka ada ramai best friends semasa anak dara, hingga tidur berkongsi bantal dan mimpi, namun selepas berkahwin dan beranak pinak, mereka tidak lagi serapat dulu. Tumpuan dan attachment mereka sangat tertumpu pada suami dan anak-anak.

“Kalau Yang nak gi kedai dengan kawan-kawan, do some shopping, Abe tak kisah pun. Take your time. I’ll mind the kids“, saya membuka tawaran kepada isteri.

Bukan apa, saya sering rasa bersalah kerana selalu terpaksa meninggalkan isteri. Mesyuarat, bekerja out station, bersukan, program jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain dan macam-macam aktiviti luar, menyebabkan saya sering meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Bukan bersuka-suka bercuti dan bercanda, tetapi tugas dan tanggungjawab yang menjadi punca.

Lantas, saya tidak keberatan jika isteri saya mahu mengambil sedikit ruang untuk beliau pergi menziarahi sahabat atau menghadiri kursus-kursus rasmi dan tidak rasmi. Bagi saya, itu adalah waktu untuk dia merasai sendiri bagaimana tanggungjawab terhadap profesion membuat dia terpaksa berjauhan tanpa saya. Tetapi lazimnya isteri saya lebih prefer untuk berada di rumah. Dan sebahagian besar sahabat yang saya temui, mengakui hal ini.

Mengapa hal ini berlaku?

Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak. Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana.

Namun bagi si suami, kehidupannya banyak dipengaruhi oleh rasional kerana itulah alat utama beliau berperanan sebagai pemimpin keluarga. Mungkin kerana itu, saya merasakan bahawa, si suami perlu kepada rakan berbincang. Sesekali suami perlu mendapatkan pandangan ketiga (MUNGKIN juga orang ketiga??). Dan kerana ini, seorang lelaki yang telah berkahwin, tetap menjaga hubungannya dengan rakan karib, kerana beliau perlu kepada input-input yang membantu beliau membuat keputusan… terutamanya ketika berkonflik dengan isteri dan keluarga.

Janganlah si isteri salah faham, dengan menyangkakan suami yang pergi kepada sahabat karib itu, telah membelakangkan dirinya. Lebih mengutamakan sahabat dari isteri sendiri. Lebih percaya kepada orang luar dari teman hidup yang dinikahinya.

Jangan begitu.

Suami pergi berjumpa dengan rakan karibnya dengan motif rasional. Mencari panduan dan penyelesaian. Sedangkan emosi, perasaan dan kasih sayangnya tetap teguh pada isteri dan anak-anak. Suami memerlukan rakan bukan untuk urusan emosi sebagaimana yang sering difikirkan oleh si isteri.

Emosi dan perasaan itu eksklusif dan hanya ada antara suami, isteri dan anak-anak. Namun keperluan mendapatkan input rasional, izinkan suami mencarinya dari seorang rakan, kerana hasil perbualan mereka, akan memulangkan kebaikannnya kepada kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak.

Wallahualam....

2 comments:

Unknown said...

arRGGHHH....Telahan kawe akan buat sahabat sahabat suami akan membuat kawe dipinggirkan didalam kaum suami ....

sangkaan kawe nasi kerabulah yang punca segalanya hinggakan kawe terlupa akan Gulai Tempoyak mempunyai dunianya sendiri.

Terima kasih sahabatku

me and i said...

Salam 4334. What a nice place you have..seronok ada jiran baru.

suami orang tetap suami orang, suami sendiri mungkin suami orang ????