Sunday, September 14, 2008

Shahrul Ramadhan..


Salam,


Kita berada di 14 Ramadhan, bermakna kita berada di pertengahan bulan yang mulia ini. I just wanted to share what I have heard about this month. Apart from Ramadhan, bulan ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain. Shahrul in Arabic means bulan. Mungkin ada yang bertanya, “mengapa dipanggil Shahrul dan bukannya Qomarun?” As English has a few words to describe the same thing, so does Arabic. Secara umumnya, Shahrul bermaksud bulan. Antara perkataan Arab lain untuk bulan adalah Qomarun (bulan penuh) dan Khilalun (anak bulan)


1) Shahrullah – Bulan Allah

Ia dipanggil sebagai bulan Allah kerana pada bulan ini Allah banyak memberi limpah rahmatnya kepada umat nabi Muhammad S.A.W


2) Shahrul Aqla – Bulan lebih tinggi

Tinggi di sini bukan bermaksud kedudukan di langit akan tetapi dari segi darjat. Sebagaimana Jumaat adalah penghulu segala hari, Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Banyak kelebihan dalam mengerjakan segala kebaikan samada secara personal mahupun secara kolaboratif di bulan ini.


3) Shahrul Quran – Bulan Al-Quran

diturunkan Al-Quran dari Loh Mahfuz pd 17 Ramadhan


4) Shahrul Najah – Bulan Kemenangan

Pada bulan ini, Umat Islam diberi banyak peluang untuk beroleh kemenangan (pahala). Secara amnya, bulan ini terbahagi kepada 3 bahagian;

4.1 Sepuluh hari pertama dimana Allah memberikan rahmat kepada umat Islam.

4.2 Sepuluh hari kedua dimana Allah memberi keampunan kepada mereka yang beribadat dan

4.3 Sepuluh hari terakhir dimana Allah melepaskan umat Islam dari azab api neraka (insyaAllah).

Perlu diingatkan bahawa terlepas dari azab api neraka bukan bermaksud kita akan masuk syurga tapi ini adalah lebih baik dari menjadi penghuni neraka. Mungkin sebagai mana pepatah Melayu, takde tali, akar pun jadi..


Pada bulan ini juga terdapat malam Lailatul Qadar dimana jika sesiapa yang berjaya menemuinya, mereka diberikan pahala seolah-olah telah beribadat selama 1000 bulan (83 thn 4 bln). Bayangkan, berapa ramaikah diantara kita yang dapat beribadat selama lebih dari 83 tahun? Yeah, I know. Most of us have heard of this countless of time but how many of us have tried our best to be among those fortunate to be able to witness THAT happening?


5) Shahrul Jud – Bulan Ikhsan

Pada bulan ini, secara lazimnya, sejajar dengan latihan yang kita buat di bulan Ramadhan, kita akan timbul perasaan belas ikhsan kepada mereka yang kurang berkemampuan khasnya dan mereka yang memerlukan bantuan amnya. Lanjutan dari itu, kita disarankan bersedekah mengikut kemampuan samada bersedekah untuk mereka yang berbuka atau sesudah sembahyang tarawih.


6) Shahrul Wasi – Bulan Kelapangan

Percaya atau tidak, kita memang ada kelapangan di bulan Ramadhan. Tak percaya? Sebagai pendidik, pihak sekolah akan memendekkan jadual persekolahan dan untuk kakitangan kerajaan atau swasta, waktu kerja dipendekkan, paling kurang setengah jam sehari. Jadi, samada kita sedara atau tidak, kita telahpun diberi kelapangan oleh Allah melalui ketentuan yang pada zahirnya disediakan oleh pihak berkuasa.


Ada sesetengah pihak berpendapat, waktu kerja yang dipendekkan pada bulan Ramadhan akan menjejaskan produktiviti. Tanggapan ini adalah tersasar. Kalau kita menyelami hakikat dan pendekatan yang digunakan iaitu seharusnya umat Islam akan lebih amanah, sabar, ikhsan dan berkelapangan pada bulan Ramadhan, sifat-sifat yang telah disemai tadi sepatutnya akan dapat diamalkan pada bulan-bulan yang lain. Dari segi retoriknya, gejala rasuah, beban kerja yang melampau, berdengki dan perebutan untuk mengejar duniawi akan dapat dikurangkan untuk meningkatkan produktiviti. Produktiviti tidak diukur dari sebanyak mana masa digunakan tetapi sebanyak mana output dihasilkan.


Akan bersambung...............

No comments: