I got this insight from a friend of mine. I do not want to discuss from religious point of view cos I'm not well-versed but I would like to say something from our present day lifestyle point of view. Written in coloured fonts are my thoughts. Feel free to comment. Here we go..
Saya sendiri sebagai lelaki rasa terjemput apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time.
'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22-25 tahun.
Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...
How many of us would dare to say that we don't have to guide our new partner on how to do what we both like or if we are feeling generous, how far are we willing to compromise what we have accustomed in our previous marriage with the new ones? Those who favour homemade gulai tempoyak, masak lemak or even sambal tumis, would you be willing to trade them with fastfix ideas that came off the shelves from supermarket or r u going to eat out most of the time?
Rasa rasa dapat kat isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan...
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan handbag Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda city atau Toyota vios. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua, atau mungkin myvi.
Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Face it, many young women nowadays are not able to tolerate moderate lifestyle. If not, 'sugardaddies' wont be around. The urges that they have simply do not correspond with the morally acceptable means to cater to their needs.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
As life has become more materialistic, as the inflation index keep rising, cost of staple food has increased at least 20%, we can't avoid but to feel the pinch of life today. Gone are the days where eating boiled tapioca and hot black coffee is a norm; nowadays, it would be like having a treat if we could have those. I guess some of my readers has not even experienced those!!
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
To make up for the financial difficulty, those who are commercially inclined, they start with all sorts of direct or indirect selling, join any plausible joint ventures n looking for easy avenue to gain extra income, making them gullible to any scam or phony deals..Our world today has gone through drastic changes. Cost of living is rising, education is a must to secure a good and acceptable place in the society. Most parents nowadays are spending at least RM24000-$30000 just to cover the run-of-the-mill education fees after form 5 before their kids could get employment.
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Masyarakat kita ni mungkin memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.
Some of the juvenile cases stem from problematic family, ranging from separated parents to living with relatives. Family values are not properly instilled leaving the kids gullible to depression n exploitation.
Kalau I ada anak-anak dengan isteri baru, tentu mereka kecik lagi di masa I dah tua dan I perlu beri perhatian kepada anak tadi. Yelah, kawin umur 41, dpt anak masa umur 42 (tu pun kalau cepat!! Bila pencen umur 56, umur anak baru 14 tahun). Kemungkinan besar rumah isteri muda akan hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience ddengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.
Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... ... lagi haru ...
Balik rumah mertua yang 1st pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kat anak dia. Tup-tup lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak selalunya takkan nak straight to the point. Banyak tanya itu dan ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Time nak raya pula, takkan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah tentang kawin dua nih, silakanlah.
Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .
Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
Those were the comments posted in a discussion that I follow (once in a while). Some may say those are truistic arguments. Even myself, I think the pattern is there; we are on a journey and halfway we stop, lamenting that we have not found what we want. Some of us who are brave to admit our mistakes would confide in our partner.
Well, I don't want to comment much, just to shed some lights that hopefully will bring cheers to the ladies n at the same time can enlighten the opposite sex who wish to 'experiment' with it...
2 comments:
Salam,
Akhirnya dapek juga ambo masuk!
bab laki nak nikah lain nih...tepuk poket tanya barang dalam seluar!!! Wakakakah
Ada satu blog yang juga bercakap tentang perkara yang sama..
www.azlanlin.blogspot.com
memang dekad ini soal lelaki berkawin lebih mula menjadi bualan dan perbincangan hangat...
Dan dalam masa yang sama, banyak hakikat dan realiti yang perlu diambil kira!
Assalamualaikum...
Bab ni favourite for guys but soooo sensitive for gals. It's also one of the key point for non-muslim to attack Islam. Anyway , just to share some info here.
Kita pasti pernah dengar hadis masyhur ttg mencegah kemungkaran i.e "Bila kamu lihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan kamu. Jika tidak mampu, cegahlah dengan mulut/lidah kamu. Dan jika tidak mampu juga, maka cegahlah dengan hati kamu, dan itulah selemah-lemah iman."
Yang terbaiknya, apa...???
Cuba bandingkan pulak dengan ayat An-Nisaa' 4:3.
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim, maka kahwinilah wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat."
Jadi yg paling baik di sini, apa...??? Buat tafsiran sendirilah. Anyway semua pendapat manusia ini KECUALI Rasulullah saw, boleh diterima dan ditolak. Tidak menjadi satu kesalahan.
Apa hadis Rasullulah saw ttg ini?
Sila rujuk Faath Al-Baari 9:15
“Sesungguhnya yang terbaik dari umatku ini ialah mereka yang mempunyai paling banyak isteri.”
Lalu...tepuklah poket kalian dan tanya barang dalam seluar tu!!! :)
Post a Comment