Wednesday, October 28, 2009

Education dilemma..

THIS LETTER WAS PUBLISHED IN BERITA HARIAN ON 26 OCT 2009... JUST TO SHARE WITH NO SIDES TAKEN...

Pegawai kerap bertukar jejaskan pendidikan

SAYA ingin menyatakan pandangan mengenai pencapaian pendidikan di Daerah Batang Padang tercorot berbanding daerah lain di Perak. Sejak 2004 pegawai Pejabat Pelajaran Daerah sering bertukar, malah pernah tiga kali tiada pegawai.

Sejak 2004 tiada pegawai memegang jawatan lebih dua tahun dan paling singkat dua bulan itu Razali Ismail (16 Januari -16 Mac 2008).

Tidak hairanlah, pendidikan di daerah Batang Padang tidak berkembang. Kewujudan Pejabat Pelajaran Daerah bertujuan meningkat dan mengupayakan sekolah.

Jika pegawai sering bertukar bagaimanakah dia hendak merealisasikan dasar pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan dan kepemimpinan seperti yang tercatat dalam misi Pejabat Pelajaran Daerah.

Maka terjerit penolong pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang menjaga segala hal akademik. Kadangkala mereka menyalahkan guru besar yang kononnya tidak komited atau enggan berubah.

Jangan terus menuding jari kepada kepemimpinan sekolah jika pegawai Pejabat Pelajaran Daerah tidak pernah teguh dan mantap.

Amat penting pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang juga mampu berkomunikasi sebaiknya dengan guru besar dan pengetua. Mereka harus menunjukkan keterampilan diri yang baik dan berilmu untuk dicontohi. Kepintaran emosi (EQ) juga perlu diberi perhatian.

Saya meminta Kementerian Pelajaran memantau keterampilan, ilmu dan etika pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan ketuanya diberi peluang merancang dan membangunkan pendidikan dengan lebih mantap.

ADUKA
Batang Padang,
Perak.

Sunday, October 11, 2009

Kena Tindih??

A nice e-mail sent to me; just thot it would be interesting to share bout myth n scientific xplanation..

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercaya an dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika.... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye.. ........