This tazkirah originated from an Ustazah Maznah, as sent to me 2 days ago..
Just thot to share good input for our present n future........
1. Sesiapa yang selalu beristighfar, Allah jadikan untuknya jalan keluar daripada segala kesempitan dan kesusahan – maksud hadis
2. Sesungguhnya amal yang baik itu menjadikan hati bercahaya, wajah berseri, rezeki yang luas dan perasaan sayang di hati manusia.
3. Al-Aqso mendambakan doa anda. Banyakkan berdoa untuknya ketika anda berpuasa.
4. Perkara yang paling dikesali oleh ahli syurga ialah membiarkan satu detik berlalu tanpa mengingati Allah.
5. Aku memohon kepada Yang menghimpunkan kita di dunia yang fana ini agar menghimpunkan kita semula di akhirat yang kekal abadi.
6. Bayangkan kehidupan di dalam syurga yang kekal selama-lamanya dan kehidupan di dalam neraka juga kekal selama-lamanya. Kehidupan manakah yang menjadi pilihan anda?
7. Sesungguhnya hati akan berkarat sebagaimana besi. Pengikis dan penggilatnya adalah istighfar
8. Allah berfirman maksudnya: teman-teman rapat hari ini akan menjadi musuh pada hari qiamat nanti kecuali orang-orang yang bertaqwa. Maka pilihlah teman anda dari kalangan mereka.
9. Kebahagiaan yang sebenar adalah menghimpunkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Caranya ialah beriltizam dengan Islam.
10. Sekiranya anda ditimpa pelbagai masalah, jangan berkata: ”Ya Allah, saya ada masalah besar!” Sebaliknya katakanlah! ”Wahai masalah, saya ada Tuhan Maha Besar yang membantu saya menyelesaikan kamu!”
11. Menghina saudara anda kerana satu maksiat yang dilakukannya adalah lebih besar dosanya daripada maksiat itu.
12. Di dalam hati ada bara penyesalan yang tidak bisa dipadamkan kecuali dengan ridha di atas segala ketentuanNya dan sabar menerima ujian.
13. Menghabiskan malam dengan tidur, kemudian bangun pagi dengan penuh penyesalan lebih baik daripada menghabiskan malam dengan qiam (solat) kemudian bangun pagi dengan perasaan ujub (bangga dengan ibadah yang banyak).
14. Rintihan penyesalan hamba yang berdosa lebih disukai Allah daripada alunan zikir hamba yang ria’.
15. Manusia akan mengalami dua jenis penyakit: penyakit hati dan jasmani. Penyakit jasmani akan berakhir dengan kematian, penyakit hati akan mula dirasai selepas kematian.
16. Menundukkan kepala kerana penyesalan, itulah ketinggian.
17. Mengaku silap itulah tindakan paling tepat.
18. Kesedihan hati tidak mungkin diubati kecuali dengan kegembiraan mengenal Allah dan berhubung denganNya.
19. Mungkin sedekah yang sedikit lebih cepat diterima oleh Allah daripada sedekah berjuta-juta. Maka segeralah memberi sedekah, jangan difikir berapa nilainya.
20. Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.
"Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar Rahman. Dengan nama yg mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al Asma'ul Husna (nama-nama terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suara dalam solatmu, dan janganlah cuba merendahkanNya, dan carilah jalan tengah di antara kedua itu"
(Al Isra':110)
No comments:
Post a Comment